Hi..
semua lama x update blog sebab tersanggat....Bzzzzzzzzzz
semua sihat ,, arini sy nk kongsi lagi,, info2 berguna buat anda semua.......,,,,,,
Jom kita baca seketika.........
Endometriosis vs Endometritis
Endometriosis
Apabila tisu menyerupai sel-sel endometrium didapati pada bahagian selain lapisan terdalam dinding dan ruang rahim.
Contohnya :
- endometriosis pada tiub falopian
- endometriosis pada permukaan ovari, rahim dsb
- ketulan endometriosis di dalam dinding otot rahim (yang ini endometriosisnya ada nama khas iaitu adenomyosis)
- cyst endometriosis di dalam ovari (yang ini juga endometriosisnya ada
nama khas iaitu endometrioma, juga disebut endometriotic cyst atau
chocolate cyst)
- endometriosis juga boleh berada pada organ bukan berkait peranakan seperti pundi kencing, usus, paru-paru dll
Ini bermakna;
- Jika doktor menulis endometriosis, penyakit itu boleh berada pada mana-mana bahagian anda.
- Jika doktor menulis pelvic endometriosis pula - ia berada pada bahagian pelvis
- Jika doktor menulis adenomyosis, ini khusus bermakna endometriosis itu berada di dalam dinding otot rahim
- Jika doktor menulis endometrioma pula, ia khusus merujuk keada cyst endometriosis di dalam ovari.
Endometritis
- peradangan (inflamasi) pada lapisan endometrium contohnya disebabkan jangkitan kuman.
*nota kaki
Endometrium
- lapisan terdalam pada dinding rahim. Lapisan ini yang menebal sewaktu
fasa kesuburan dan kemudiannya gugur sebagai haid setelah telur tidak
disenyawakan
***cdt to Dr Adilah