Bengkak Kaki Ketika Hamil?
Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu mengandung adalah sembab
atau bengkak pada kaki. Badan menghasilkan kira-kira 50% lebih darah dan
cecair badan sebagai persediaan menampung bayi yang sedang membesar.
Bengkak atau sembab yang disebabkan oleh darah dan cecair tambahan ini
adalah normal semasa hamil. Namun bengkak ini boleh di atasi, antara
petua yang anda boleh gunakan ialah:
- Campurkan ragi dan cuka. Kemudian sapukan pada bahagian bawah lutut hingga ke hujung jari kaki. Sapukan setiap hari sewaktu anda sedang berehat.
- Campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapu pada betis dan kaki apabila jaadm itu sudah suam. Selawat tiga kali.
- Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan hingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum setiap hari sehingga bengkak itu susut.
- Dapatkan tidur yang cukup pada waktu malam dan juga waktu siang. Sekurang-kurangnya dapatkan dua jam waktu tidur pada siang hari. Ini membolehkan ibu-ibu mendapatkan rehat yang cukup.
No comments:
Post a Comment