KENALI BEDAK ASAS ANDA
Bagi
memiliki solekan yang sempurna, bedak asas merupakan salah satu bahan
penting. Bedak asas berfungsi seperti kanvas untuk keseluruhan solekan
anda supaya warna senang diserap ke kulit muka. Formula bedak asas yang
berada di pasaran kini boleh memberikan efek yang berbeza. Namun, anda
perlu bijak membuat pilihan kerana ia perlu bergantung pada jenis dan
warna kulit anda. Anda buntu untuk memilih? Kenali 4 jenis bedak asas
dan tips memakainya.
Bedak tabur
Bedak tabur atau lebih dikenali sebagai 'solid mineral'.
Bedak tabur mempunyai mineral-mineral yang diperlukan oleh kulit dan
lebih berkesan untuk mengembalikan kulit wajah yang bermasalah. Ia
sesuai dipakai untuk kulit wajah jenis berminyak, berjerawat dan
sensitif. Jika anda mempunyai kulit wajah yang kering, ia tidak sesuai
dipakai kerana ia hanya akan menyerlahkan lagi masalah kulit anda.
Bedak
tabur selalunya mempunyai span khusus. Dengan menggunakan span khusus
itu, oleskan ke muka perlahan-lahan dalam gerakan lingkaran supaya wajah
kelihatan sempurna.
Cecair
Bentuknya
tipis dan cair memerlukan anda mengoncangkannya setiap kali sebelum
dipakai. Anda mungkin tidak merasai kehadirannya pada kulit wajah anda.
Bedak asas jenis ini kaya dengan pigmen yang berfungsi menutup pelbagai
ketidaksempurnaan seperti liang roma terbuka.
Ia
sesuai untuk kulit wajah yang berminyak. Bedak asas solekan jenis ini
mempunyai polimer khusus yang mengandungi kandungan pigmennya bertahan
sepanjang hari. Ia tidak sesuai digunakan untuk kulit kering kerana
kebanyakan polimer tidak dapat diserap oleh kulit. Bagi wajah
berjerawat, elakkan!
Seperti
yang diberitahu, anda harus goncangkan terlebih dahulu. Disarankan
supaya anda menggunakan jari untuk mengoles kerana haba yang keluar dari
jari anda akan memudahkan lagi olesan anda.
Produk
yang menjadi popular di Asia dan berfungsi sebagai semua dalam satu. BB
cream mempunyai serum, pelembab, asas solekan, concealer dan pelindung
sinar UV. Ia berfungsi melindungi ketidaksempurnaan wajah anda dengan
sekali pakai sahaja. Jika anda seorang yang sibuk, dan tidak mempunyai
masa untuk bersolek lama-lama, BB cream adalah pilihan yang sesuai.
Pemakaiannya juga memberikan wajah yang ringkas. BB cream sesuai
digunakan dalam apa jenis kulit sekalipun.
Teksturnya
seperti cecair mudah larut akan memudahkan kerja anda. Anda boleh
menggunakan jari atau span lembut berbentuk tiga segi itu. Mulakan
olesan dari tengah wajah dan pastikan ia mengenai keseluruhan wajah.
Bedak
asas jenis ini boleh didapati dalam dua jenis. Satu, ia berbentuk krim
dan satu lagi berbentuk buih. Bedak asas jenis ini mempunyai dua
kebaikan. Pertama mengekalkan penghidratan kulit, kedua menyamarkan
ketidaksamaan tona kulit anda. Teksturnya yang ringan membuatkan kulit
anda lebih senang bernafas, ini kerana kandungan airnya lebih tinggi dan
tidak sepekat bedak asas jenis cecair. Ia juga sesuai untuk kulit
normal dan kering.
Anda mungkin juga meminati:
Rabu, Mac 27, 2013
PETUA WANGIKAN BADAN
Minyak wangi sebenarnya tidak dapat membantu. Penyelesaian terbaik ialah mencari
jalan supaya badan wangi secara semulajadi. Disini disediakan petua mewangikan
badan.
Petua
Hilangkan Bau Badan
Satu ramuan tradisional yang digunakan
sejak turun-temurun ialah beras. Selain berupaya menghaluskan kulit, beras juga
dikatakan dapat menghapuskan masalah bau badan.
Caranya ialah ambil segenggam beras dan
gorengkan tanpa minyak sehingga hangus jadi cam beras terbakar. Lepas tu tumbuk
beras terbakar tu hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa.
Gosokkan bancuhan tu ke
bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh seperti bawah ketiak dan sebagainya.
Lepas digosok biarkan selama 10 minit dan mandi. Jika diamalkan dengan kerap,
hasilnya akan dapat dirasai apabila badan tidak lagi berbau busuk setiap kali
berpeluh.
Pewangi
Peluh
Dapatkan tawas dan jadikan ia serbuk.
Gaulkan serbuk tawas tu dengan sedikit beras.Setelah itu sapu rapi ke seluruh
badan terutama di tempat-tempat yang mudah berpeluh. Seboleh-bolehnya cuba amalkan
setiap malam sebelum tidur. Anda akan dapati peluh yang keluar dari badan
bertukar menjadi wangi.
Anda mungkin juga meminati:
Sabtu, Februari 04, 2012
RAMBUT DAN BENTUK TUBUH

Selain usia dan bentuk wajah, bentuk tubuh juga perlu diperhatikan
apabila ingin bertemu pendandan rambut. Tidak semua orang sesuai
berambut panjang dan tidak semua orang juga sesuai berimej ranggi
melalui potongan rambut pendek.
Berikut adalah panduan untuk menyesuaikan potongan badan dengan potongan rambut mengikut bentuk badan :
Tubuh kurusPotongan rambut seharusnya dapat
memperlihatkan wajah kelihatan berisi. Untuk tampil feminin, rambut
paras bahu, berombak dan dipotong layer sesuai untuk mereka bertubuh
kurus. Bagaimanapun, elakkan menggayakan rambut panjang lurus kerana ia
akan membuatkan anda lebih kurus. Rambut pendek pula membuatkan anda
kelihatan lebih maskulin.
Tubuh gemuk
Rambut yang tidak terlalu panjang (melepasi bahu) dengan layer pada sisi kiri dan kanan rambut boleh membuatkan anda kelihatan kecil. Elakkan potongan rambut yang terlalu pendek, terlalu panjang, kerinting dan bergelombang kerana ia membuatkan tubuh kelihatan bertambah besar.

Tubuh kecil atau mungil
Rambut lurus yang halus sesuai dengan anda. Panjang rambut tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Rambut pendek dengan layer dan gelombang pada bahagian atas kepala juga sesuai.
Rambut lurus yang halus sesuai dengan anda. Panjang rambut tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Rambut pendek dengan layer dan gelombang pada bahagian atas kepala juga sesuai.
Tubuh tinggi
Mungkin mereka bertubuh tinggi tidak menghadapi sebarang masalah untuk menggayakan apa juga gaya rambut. Gaya rambut berombak dan beralun semula jadi boleh merubah penampilan anda kelihatan feminin.
Anda mungkin juga meminati:
Isnin, Mei 17, 2010
TIPS BERPAKAIAN UNTUK PAYUDARA BESAR

Wanita
yang mempunyai ukuran payudara yang besar memang menghadapi masalah
dalam pemilihan pakaian. Jika salah pilih, pasti anda akan nampak tidak
selesa dengan payudara sendiri. Paling teruk, pakaian yang dikenakan
membuatkan payudara nampak tersembul sehingga mencacatkan penampilan.
Di sini diberikan beberapa tip berguna untuk dipraktikkan.
1) Perkara pertama yang harus diberi perhatian ialah kenakan coli yang tepat supaya payudara anda mendapat sokongan yang baik. Bra yang tepat akan menampilkan kesan langsing.
2) Kenakan baju yang potongan lehernya melebar hingga ke bahu atau pilih baju yang bercorak vertikal. Ini dapat menimbulkan ilusi yang membuatkan payudara anda nampak lebih kecil. Jangan sesekali mengenakan t-shirt berkolar bulat yang sangat sempit! Potongan V adalah pilihan terbaik.
3) Pilih jaket atau blaus yang diperbuat daripada kain kapas. Fabrik jenis ini akan mengikut bentuk tubuh dan melangsingkan.
4) Untuk padanan, pilih skirt yang berpotongan A, seluar denim ‘boot cut’ atau seluar panjang berpotongan lurus.
5) Jika ingin mengenakan gaun, pilih gaun yang berpotongan ‘empire waistline’. Potongan sebegini bukan sahaja boleh menyembunyikan bentuk payudara yang besar tetapi ia juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih langsing.
6) Sekiranya ingin mengenakan aksesori, pilih rantai yang panjangnya di atas garis dada atau payudara. Hindari rantai yang terlalu panjang kerana ia boleh membuatkan payudara kelihatan lebih besar.
7) Hindari pakaian yang mempunyai motif atau detail yang sarat di bahagian tengah dada.
8) Sekali pun mengenakan tali pinggang merupakan trend terkini, mereka yang mempunyai payudara besar harus mengelakkan ikat pinggang yang melingkar di sekitar pinggang atau tepat di bawah payudara. Ini benar-benar kesalahan besar.
9) Pastikan anda tidak memasukkan baju ke dalam seluar atau skirt yang dipakai.

Rabu, Mac 24, 2010
KESESUAIAN WARNA KULIT DAN WARNA PAKAIAN

Dalam
majlis apa pun anda pasti ingin kelihatan menarik. namun anda jangan
tersalah memadankan warna pakaian dengan warna kulit anda.
Berikut adalah tips sederhana dan umum untuk kita mengetahuinya mengenai kesesuaian warna pakaian dan warna kulit.
Kulit putih
Berikut adalah tips sederhana dan umum untuk kita mengetahuinya mengenai kesesuaian warna pakaian dan warna kulit.
Kulit putih
Sangat
sesuai mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda
atau pink. Meskipun warna lain juga tidak dilarang untuk dipakai.
Kulit kuning langsat
Lebih sesuai mengenakan Warna tropis (jingga, hijau, merah, kuning dan biru ) merupakan pilihan yang terbaik.
Kulit sawo matang
Jangan ragu untuk memilih warna ungu atau maroon agar kerana anda akan kelihatan lebih menarik.
Kulit gelap
yang eksotik sesuai jika menggunakan busana warna tanah yang lembut.
Hati-hati, jangan sampai Anda melakukan perkara ini :
Nekat
menggunakan warna busana yang terlalu kontras dengan kulit. contohnya
anda berkulit hitam sementara busana yang dikenakan warna pink.
Penampilan anda akan kelihatan berat sebelah! Anda boleh memakai warna
kontras bila ada acara khusus seperti clubbing.
Memakai aksesoris dari rambut sampai kaki yang warnanya tidak sedondon dengan warna baju yang dikenakan akan kelihatan jangal.
Anda mungkin juga meminati:
Rabu, Januari 13, 2010
PANDUAN MEMILIH JAM TANGAN

-Jika anda tinggi, jam berukuran besar lebih baik & begitulah sebaliknya.
-Jam berwarna hitam atau berpermukaan gelap akan tampak kecil daripada saiznya yang sebenar manakala yang berwarna cerah menunjukkan saiz sebenar.
-Jika pergelangan tangan kecil, memakai jam yang mempunyai diameter besar boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa dalam tempoh jangka panjang & membuatkan pergelangan tangan semakin kecil.
-Wanita yang tinggi atau mempunyai rangka badan besar, lebih sesuai memakai jam tangan diameter besar malah sesuai untuk menggayakan jam tangan model lelaki.
-Jam tangan diamater menyerlahkan karektor gaya sukan & tampak elok dipakai pada pergelangan tangan sesuai. Tetapi pemakaian jam seumpama itu tidak sesuai digandingkan dengan pakaian gaun petang & jaket.
-Jika anda memerlukan jam yang mudah dilihat, diameter besar lebih praktikal.
Anda mungkin juga meminati:
Khamis, Januari 07, 2010
TIP MEMILIH CERMIN MATA YANG SESUAI

Namun, apabila bercakap tentang cermin mata, bukan semua orang berasa gembira untuk memakainya. Mungkin kerana itu, mereka lebih suka memilih kanta lekap untuk melihat dengan lebih jelas.
Terdapat beberapa faktor mengapa sesetengah individu tidak kira lelaki mahupun wanita enggan mengenakan cermin mata. Bagi mereka, memakai cermin mata membuatkan wajah mereka seperti seorang yang skema, naif atau tidak menarik. Anda sendiri tahu, bagaimana cermin mata sering dijadikan 'efek helah' untuk 'menghodohkan' wajah sesuatu watak dalam sesebuah drama atau filem.
Namun, mereka sewajarnya mengakui bahawa cermin mata sememangnya praktikal untuk digunakan. Bagi mereka yang hanya memerlukan 'bantuan penglihatan' ketika membaca atau melihat objek yang amat jauh, cermin mata adalah aksesori yang lebih wajar untuk dimiliki kerana ia boleh ditanggal dan dipakai pada bila-bila masa dikehendaki. Jika menggunakan kanta lekap, adalah leceh untuk menanggal dan memakainya berkali-kali dalam sehari.
Tetapi, bukan itu sahaja masalahnya. Sesetengah orang terutamanya lelaki enggan berkaca mata kerana tidak tahu bingkai cermin mata yang bagaimana sesuai untuk mereka. Membuat keputusan ketika memilih cermin mata di kedai optik sering mengambil masa yang begitu lama. Jika tidak ada rakan yang menemani untuk memberikan pandangan, barangkali anda hanya akan pulang dengan tangan kosong.
Sebagai mana gaya rambut, bentuk kepala memainkan peranan penting dalam menentukan bingkai cermin mata yang sesuai dengan anda. Stailo kali ini memberikan panduan kepada para jejaka untuk memilih cermin mata yang sesuai sekali gus tampil segak dan bergaya.

Kepala bulat
Jika anda merupakan lelaki yang mempunyai bentuk wajah yang bulat seperti Elton John, iaitu rahang yang melengkung, berwajah penuh serta dagu dan pipi yang membulat, anda disaran memilih cermin mata yang boleh menonjolkan kontras. Pilih cermin mata berbentuk segi empat sama atau panjang tetapi berlensa agak besar. Jangan terlalu kecil kerana ia akan membuatkan mata anda nampak kecil. Elakkan memilih bingkai bulat atau lonjong kerana ia akan membulatkan lagi wajah anda.
GAYA rambut penting dalam menentukan bingkai cermin mata, namun, pilihan warna bingkai tidak menjadi masalah kepada lelaki berambut hitam.
Kepala petak
Jika anda memiliki wajah empat segi atau berahang petak, adalah lebih baik untuk anda mengenakan bingkai cermin mata yang bulat atau bujur kerana ia boleh 'melembutkan' sedikit bentuk kepala anda.
Kepala bujur
Jika kepala anda bujur atau lonjong, anda sebenarnya bertuah kerana wajah anda boleh menerima apa juga bentuk cermin mata. Anda boleh memilih bingkai bulat dan empat segi. Terbaik untuk anda ialah memilih cermin mata yang berbentuk empat segi tetapi tidak begitu berpetak.
Kepala segi tigaJika anda mempunyai kepala berbentuk segi tiga, tip asasnya, ikut seperti kepala berpetak. Pilih cermin mata yang bulat untuk memberi keseimbangan. Lebih bulat lebih baik.
Kepala bentuk hatiJika anda memiliki bentuk wajah sebegini, bentuk cermin mata yang paling sesuai untuk anda ialah yang bujur. Bingkai yang lebih lembut akan menyeimbangkan bentuk wajah anda. Bingkai empat segi yang besar juga boleh dipertimbangkan.
Selain itu, apa yang perlu diberi perhatian apabila hendak memilih cermin mata ialah jangan sesekali memilih cermin mata yang menutupi kening anda. Pastikan kening anda kelihatan walaupun memakai cermin mata bulat atau empat segi yang besar.
Memandangkan kebanyakan kita di Asia berambut hitam, pilihan warna bingkai cermin mata tidak begitu menjadi hal.
Mengenai rim (bingkai depan) pula, ada sesetengah kita tersepit dalam memilih cermin mata rim penuh atau rim separa atau langsung tidak berim. Tipnya mudah. Lihat berapa kuat kuasa cermin mata anda. Jika lensa cermin mata anda tebal, masakan anda mahu memakai cermin mata yang tidak berim sehingga membuatkan orang boleh melihatnya dan bertanya 'berapa kuasa cermin mata anda?'
Bagaimanapun, Stailo! mendapati trend hari ini memperlihatkan cermin mata berbentuk maskulin dan tradisional lelaki kembali bangkit.
Bingkai horn-rimmed atau jenis aviator dilihat kembali menawan hati para lelaki. Bingkai yang tebal dan besar termasuk pada bahagian temple (bahagian cermin mata yang memanjang di tepi dan menyangkut telinga) menjadi trend tanpa mengira warna.
Cermin mata bingkai plastik agak tebal ala Clark Kent (biasanya berwarna hitam atau coklat) juga meraih perhatian dengan kembalinya gaya retro. Cermin mata langsung tidak berim pula sesuai untuk jejaka berjiwa manimalis.
Anda mungkin juga meminati:
Isnin, Januari 04, 2010
TIPS MENJAGA KERONGSANG
Setiap
wanita yang memakai tudung pasti akan memakai kerongsang yang pelbagai
bentuk dan warna. Untuk menjaga agar kerongsang yang dibeli mampu
bertahan lama sudah pasti ada cara untuk menjaganya. Disini diberikan
tips bagaimana untuk menjaga kerongsang agar tahan lama dan sentiasa
menarik walauopun telah lama digunakan.

Kerongsang Mutiara:
Elakkan terkena semburan minyak wangi, peluh dan bahan kosmetik kerana sifat mutiara sangat sensitif. Jika ingin memcucinya jangan direndam ke dalam Air panas. Simpan ditempat kering.
Elakkan terkena semburan minyak wangi, peluh dan bahan kosmetik kerana sifat mutiara sangat sensitif. Jika ingin memcucinya jangan direndam ke dalam Air panas. Simpan ditempat kering.
Anda mungkin juga meminati:
Isnin, Disember 07, 2009
MASALAH BADAN BERBAU

Kegagalan
menguruskan diri dengan baik dikaitkan dengan punca badan berbau. Mandi
sekurang-kurangnya dua kali sehari dan memberus bahagian badan tumpuan
peluh seperti ketiak amat membantu.
Pemakanan juga antara dikaitkan dengan bau badan. Makanan seperti asparagus dan bawang putih mempunyai potensi meninggalkan bau untuk tempoh 24 jam selepas memakannya. Makanan juga dikaitkan dengan penyumbang kepada perubahan hormon dan penghasilan bau badan yang tidak menyenangkan. Makanan yang berbau agak kuat seperti bawang dan jenis makanan berempah akan mengeluarkan bau busuk daripada liang roma terutama di celahan ketiak dan belakang badan.
Masalah kesihatan dalaman juga dikenal pasti penyumbang kepada bau badan. Pengambilan ubat-ubatan perangsang hormon juga boleh menjadi punca badan berbau, dapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami masalah bau badan yang tidak dapat dikesan puncanya.
Petua Mengatasi masalah Bau Badan
1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi.
2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.
3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.
4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.

Selasa, November 24, 2009
TIP MINYAK WANGI

• Pakai pewangi sebelum memakai pakaian. Semburkan pada kulit bukan pada pakaian.
• Untuk haruman berpanjangan, pakai pelambap kulit terlebih dahulu ini adalah kerana
pelembap mampu "memegang" wangian agar tahan lama.
• Wangian mudah meresap hilang terutama ketika cuaca panas atau diletakkan berhampiran
dengan haba. Oleh itu tempatkan wangian yang jarang digunakan dikawasan redup atau sejuk
seperti peti sejuk agar ia mampu bertahan lama.
• Anda tidak mungkin dapat menghidu diri sendiri sepertimana orang lain dapat menghidu anda.
Maka,dapatkan pandangan orang lain tentang haruman dan bau badan anda untuk maklumat
yang lebih tepat agar tidak tersalah memilih wangian.
• Pilih satu wangian setiap hari. Jangan mencampurkan dua atau tiga wangian pada satu masa
kerana ia akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.
Anda mungkin juga meminati:
Rabu, November 18, 2009
7 PUNCA GEMUK

Seseorang
dikatakan gemuk apabila berat badannya melebihi berat badan ideal yang
diukur dalam BMI (Body Mess Index), ukuran BMI berdasarkan ketinggian.
Semua orang berisiko menjadi gemuk, namun mereka yang mempunyai sejarah keluarga, mengamalkan gaya hidup dan pemakanan tidak sihat serta terdedah kepada persekitaran yang boleh menggalakkan seseorang itu boleh menjadi lebih gemuk adalah lebih berisiko.
Menurut
Dr. Che Romzey Che Din, penyelidik obesiti yang juga pakar perbidanan
dan sakit puan, lambat atau cepat faktor-faktor diatas kalau tidak
dicegah, boleh menyebabkan seseorang itu menjadi obesiti. Walaupun
kegemukan itu bukan satu penyakit tetapi jika dibiarkan dan tidak
mengamalkan gaya hidup sihat, boleh mengundang pelbagai masalah
kesihatan.
Kegemukan berpunca daripada beberapa faktor, antaranya:
• Gen atau Baka - Mereka yang mempunyai sejarah keluarga ada yang gemuk dan mempunyai rangka besar adalah lebih berisiko menjadi gemuk bila dewasa.
• Gaya Hidup Tidak Sehat - Hari ini ramai orang memberi alasan sibuk menyebabkan mereka tidak ada masa untuk bersenam mahupun beriadah, ditambah pula kebanyakannya melakukan kerja-kerja yang tidak mengeluarkan peluh, sepanjang masa duduk dikerusi, dan didalam bilik berhawa dingin.
• Pemakanan Tidak Sihat - Kecenderungan masyarakat sekarang yang suka mengambil makanan segera dan ringan serta tidak mengutamakan pemakanan seimbang dalam diet seharian dan makan ikut selera, bukan keperluan juga penyebab utama orang menjadi obesiti.
• Hormon Tidak Seimbang
- Ramai tak tahu bahawa hormon yang tidak seimbang dalam badan juga
adalah punca gemuk. Jika hormon sebagai punca kegemukan, ia sukar
dikawal. Jika ingin kurus, masalah hormon perlu distabilkan terlebih
dahulu sebelum mengamalkan sebarang diet.
• Emosi Tidak Stabil - Biasanya bila emosi tidak stabil seseorang itu boleh stres dan depres.
Untuk mengatasi masalah ini, sesetengah orang lebih suka mengambil makanan secara berlebihan untuk mengatasi stresnya.
• Pengambilan Ubat-ubatan - Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga, hormon dan ubat penenang juga menggalakkan kegemukan.
• Persekitaran - mereka yang bekerja di kantin di dapur-dapur lebih tinggi peluang mendapat
obesiti
berbanding yang bekerja dipersekitaran lain. Ini kerana mahu atau tidak
setiap hari mereka akan sentiasa mencuba makanan dan mendapatkan zat
daripada aroma atau bau makanan.
Anda mungkin juga meminati:
Selasa, November 10, 2009
CARA BERPAKAIAN MENAMBAH KEYAKINAN DIRI

Keyakinan
diri tidak timbul begitu saja. Keyakinan diri bukan kerana dari
keperibadian yang menarik, namun ada perkara yang sangat penting iaitu
penampilan yang menarik. Setiap orang dimuka bumi ini lelaki, perempuan,
hitam, putih, kurus, gemuk dan sebagainya boleh menimbulkan keyakinan
diri dan tampil menarik di hadapan khalayak umum dengan cara mengetahui
cara berbusana yang sesuai.
“First
look, First think”, itulah kalimat yang menggambarkan pentingnya tampil
menarik. Salah satu faktor penting yang membantu seseorang tampil
menarik adalah bagaimana seseorang tersebut mampu memilih busana yang
sesuai diwaktu yang tepat.

Anda mengetahui bahawa busana yang anda pakai sesuai dengan postur tubuh anda?
2. Sejauhmana anda mengetahui bahawa busana yang anda pakai sesuai dengan tema acara yang Anda hadiri?
Jika Anda ingin tampil berkeyakinan diri dimanapun anda berada, maka anda harus sudah bisa menjawab kedua pertanyaan diatas. Tingkatkan rasa percaya diri Anda dengan cara mengetahui cara berbusana yang terbaik untuk Anda.
Rabu, Oktober 28, 2009
TIPS MENGATASI PERUT BUNCIT
Bersarapan Dengan YogurtDipercayai
pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu
menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit.
Jangan GelojohKunyah
makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar-benar
hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan
tersekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa
penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan
dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.
Kurangkan GaramPengambilan
garam yang banyak didalam diet harian akan menyebabkan berlakunya
pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan
memasksa air keluar dari sel badan anda dan meyebabkan perut terasa
penuh dan perut mula mengembung kehadapan.
Minum Air
Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

Pengambilan Serat Yang Tepat
Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.
Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.
Anda mungkin juga meminati:
Jumaat, September 04, 2009
KOMBINASI WARNA GAYA BARU UNTUK KEDIAMAN

Ada
masanya anda berasakan hiasan bilik terlalu 'sempurna' dan memerlukan
sedikit sentuhan yang agak berlainan yang menyentuh impian dan fantasi.
Inspirasi bagi warna-warna rumah tahun ini datangnya daripada alam
semula jadi yang cantik dan ceria seterusnya menikmati warna moden
dengan titipan elemen hitam dan tekstur putih. Tema
hitam dan putih memang sesuai untuk hampir semua ruang dan mudah
disemarakkan lagi dengan warna-warna terang seperti merah, biru, hijau
ataupun jingga.
Serlahan Etnik Berkemungkinan iaitu aliran yang sering menjadi bahan bualan ramai seperti warna-warna yang lahir daripada inspirasi percutian. Sesetengah pemilik rumah kini menginginkan sesuatu kelainan kerana sudah berasa bosan dengan warna-warna cerah. Oleh itu, mereka lebih cenderung memilih warna yang lebih gelap yang mengingatkan mereka pada destinasi nun jauh lagi eksotik. Mengambil inspirasi daripada tona-tona batu permata indah dari Timur atau warna-warna yang menyerlah dari pasar harian Asia atau Maghribi. Warna-warna utama etnik merangkumi merah, ungu, perang dan kuning gelap termasuk warna hitam arang dan putih gading.

Nyatakan
juga diri anda melalui sebuah lukisan. Imej seperti Blossom by Fan,
lukisan cat minyak dengan warna-warna menyerlah, amat perlu untuk ruang
tamu yang luas. Hasil kerja seni ini memang sesuai dalam ruang makan
atau bilik keluarga. Sesuaikan juga tema set ruang tamu dengan pilihan
ambal hiasan yang antik dan baru, atau manjakan diri dengan belian
sehelai karpet indah.
Elemen
tona bumi dan mineral, warna-warna terang adalah pilihan jelas tetapi
tona warna semula jadi menyerlahkan lagi ruang dalaman yang berwarna
tona mineral atau hitam dan putih. Dapatkan hasil yang terbaik untuk
kediaman agar dapur kelihatan berseri dan direka mengikut keperluan.
Hidupkan lagi suasana di ruang makan dengan meja makan yang rekaannya
kekal elegan. Pilihlah kemasan logam atau kaca untuk hasil kesan
eksklusif atau kayu keras digabung dengan kusyen diperbuat daripada
kulit untuk kesan yang lebih bergaya anggun.
Berseni
nyata, terang dan liar Serlahkan ruang dalaman anda dengan calitan
warna-warna musin panas, hijau kiwi, akua laut, merah jambu terang,
perak berkilau dan jingga jus oren. Usah mengehadkan pilihan dengan
hanya satu hiasan. Untuk kemasan yang kelihatan gah, kumpulkan jambangan
yang sama tona warna tetapi lain-lain tingginya agar hasilnya kelihatan
menarik dan kreatif. Warna-warna kuning dan jingga memang cukup ideal
untuk ruang tamu kerana warna-warna ini meninggalkan kesan berlainan.
Imej
yang anggun menjanjikan hasil gaya elegan yang kekal berpanjangan. Baik
anda bersiap sedia kerana anda bakal tertawan dengan setiap satu hasil
seni hebat yang pasti mengubah ruang biasa kepada yang mengagumkan.
Merah jambu kekal popular dalam tonanya daripada warna indah terbit
matahari sehinggalah warna terang tembikai. Sisipan warna kedua dalam
perang gelap menaikkan warna merah jambu dan memberi gaya anggun dan
canggih.
Pilihlah
warna yang mencerminkan gaya dan personaliti diri melalui set cadar dan
bantal atau buatlah pilihan untuk kain langsir yang ditempah mengikut
cita rasa tersendiri. Sedikit inspirasi flora Bunga-bungaan hidup
menambah gaya warna, kesegaran, wangian dan personaliti.
Anda
mampu mengimpikan hari indah panas bersinar walaupun cuaca kelihatan
mendung di luar. Wujudkan satu kesan yang tersendiri melalui susunan
botani yang canggih dan tahan lama dalam mencipta satu titik fokus yang
unik, hidup dan penuh inspirasi.
Anda mungkin juga meminati:
Selasa, September 01, 2009
PANDUAN MEMILIH BEG TANGAN

Memilih
beg tangan untuk digayakan pada majlis tertentu boleh memeningkan
kepala. Takut tersalah pilih, bukan saja akan menjadi bahan bualan orang
malah menjadikan penampilan kita serba tidak kena. Berikut adalah
panduan memilih beg tangan yang sesuai untuk anda.
1. Beg tangan kecil dan perhiasan berkilat, sesuai digayakan pada waktu malam dan dipadankan dengan pakaian yang elegan.
2.
Jenis clutch atau kepit cantik dan manis untuk gaya malam yang ringkas
tetapi sesuai juga untuk siang hari jika ia tidak berkilat dan saiznya
sederhana besar.
3. Mereka yang berbadan besar dan gemuk lebih sesuai menggayakan beg tangan yang sederhana besar dan ringkas. Jangan pilih yang beropol-ropol atau terlalu banyak kocek atau hiasan atau logo besi yang besar kerana ia membuatkan penampilan berserabut dan tidak kemas.
4. Jika anda gemar menggayakan beg bertali yang kecil ketika bertugas, simpan dokumen penting atau bahan perbincangan di dalam beg bimbit atau brief. Ini bukan sahaja membuat anda nampak profesional tetapi memudahkan anda membawa dokumen tersebut.
5. Elakkan memakai beg besar jika badan terlalu kecil. Walaupun trend hari ini banyak menampilkan beg tangan yang besar tetapi cuba pilih yang sederhana. Jika tidak, anda mungkin disalah anggap sedang bersiap-sedia untuk pulang ke kampung.
6.Beg kulit lebih bergaya dan nampak profesional ketika bertugas terutama jika anda menyandang jawatan penting dalam syarikat atau berada di dunia korporat.
7.
Elakkan beg yang terlalu terang warnanya seperti biru terang, kuning
kunyit dan hijau serindit kala bertugas. Pilih nada-nada yang semula
jadi dan sedap mata memandang.
Anda mungkin juga meminati:
Rabu, Ogos 26, 2009
TUDUNG MESTI SERASI DENGAN GAYA

Penampilan
bertudung yang cantik lagi eksklusif sering mengundang tumpuan. Sebagai
gaya pelengkap diri, berbusana muslimah dengan tudung menawan
membuatkan gayanya kelihatan mewah, dihiasi ciri penuh kesopanan.
Gaya
tudung yang tidak kemas hakikatnya boleh menjejaskan penampilan
seseorang. Justeru, jika bertudung perlu tahu mengenakan gaya sepadan
dengan pakaian. Tambahan pula, jika digayakan si gadis jelita, pasti
ramai menjeling ke arahnya. Cara si gadis mengenakan tudung yang
dilapisi padanan warna senada membuatkan ramai terpesona.
Cara bertudung yang mementingkan kekemasan melambangkan keperibadian seseorang. Tanpa mengira masa, bertudung bukan sesuatu yang bermusim. Bahkan kesesuaiannya dengan penampilan seseorang disempurnakan dengan pemilihan aksesori, ditambah dengan pilihan pakaian tradisional dan kontemporari, melengkapkan penampilan diri yang penuh sopan.
Pelbagai
fesyen tudung yang eksklusif tetapi mengutamakan ciri rekaan
tradisional dan terkini. Yang sesuai untuk mereka yang ada cita rasa
penuh keanggunan ditampilkan dengan gaya terkini.
Sempena
kehadiran Hari Raya ini, pasti pakaian atau baju raya perlu dipadankan
dengan tudung yang sesuai untuk dipadan dengan warna menarik termasuk
tona warna senada, pastinya membangkitkan gaya menawan.
Dalam memilih warna serasi dan dipadan dengan selendang atau tudung, pemilihan warna memainkan warna tersendiri. Jika silap memilih fesyen, ia akan mencacatkan gaya seseorang.
Isnin, Ogos 24, 2009
TIPS MEMILIH WARNA BAJU

Tahukah
anda bahawa warna baju boleh mencerminkan keperibadian, atau paling
tidak mewakili perasaan pada saat tertentu. Karana itu, pilihlah warna
baju yang sesuai ketika membeli pakaian yang boleh anda beli di kedai
jualan atau butik.
Hitam, misalnya. Ini adalah warna paling gelap dari yang lain untuk pakaian wanita atau baju wanita. Paling sesuai bagi mereka yang tidak suka kelihatan keterlaluan. Karakter misteri terpancar pada kegelapan warna hitam. Hitam juga sangat eksklusif untuk penampilan yang elegan dan seksi.
Pink. Warna ini memang sesuai dengan kesan feminim dapat diperolehi di kedai jualan, butik tertentu jika anda ingin membeli pakaian dengan pembelian segera. Penampilan lembut dan cukup mewakili perasaan jatuh cinta yang berbunga-bunga. Tidak ada salahnya dinner dengan yang tersayang dengan busana pink lembut, sangat sesuai untuk pakaian wanita atau baju wanita.
Merah. Cermin berani dan independen. Selain mewakili keberanian dan ketegasan, merah juga sering dipandang sebagai warna yang seksi dan menggoda.
Biru. Mewakili kecerahan dan kenyamanan. Bagi yang menggemari warna biru biasanya sangat menyukai ketenangan. Bila ingin merasa nyaman dan diterima dapat meningkatkan keyakinan diri, warna biru boleh menjadi pilihan ketika membeli pakaian yang telah siap.
Oren. Gabungan antara warna kuning dan merah ini mencerminkan si pemakai, orang yang menyukai gabungan warna ini dan gemar tampil untuk mendapatkan perhatian. Apalagi jika dipadukan dengan aksesori wanita yang menarik. Warna cerahnya juga akan membuat mood akan naik.
Kuning. Warna cerah ini melambangkan kecerdasan dan intelektual yang tinggi. Kuning juga sering disamakan dengan warna outdoor. Pengemar warna ini seorang yang optimis, berani dan tahan lasak.
Putih. Semua orang tahu warna ini berkaitan dengan suci dan bersih. Putih juga termasuk warna paling aman selain hitam, karana boleh dipadu dengan segala warna. Bila anda orang yang penuh pertimbangan iaitu penggemar warna putih ini, pasti sebahagian besar isi almari pakaian anda terdiri dari warna ini selain aksesori wanita.
Hijau. Sangat sesuai dengan alam dan segala yang kelihatan natural. Penggemar warna ini adalah yang menyukai alam semula jadi dan pencinta kedamaian.

No comments:
Post a Comment